Release Tension Dulu


“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Mencuri

Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas untuk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu cakap?!

Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di hadapan orang ramai.

Peragut di Sembelih


Batu Pahat, Johor - 18/10/12, Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut. 

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...


T.U.J.U.P.A.K.A.L.E.


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

p/s: Hilang kan boring...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Tersedak kakcik!

Tujupakale betul la...

chocolatemoist09 said...

@: cHocolatemoisT

dey mamak.... T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. kehkehkehkeh cayala mamak.

an said...

tujuh empat kali *versi indonesia
^___^

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment