KuasaNya "Bayi Hidup Selepas Di Pam Dalam Lubang Tandas"

4 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



SubhanAllah.......

Bayi Diselamatkan Dari Paip Lubang Tandas Angkara Manusia Kejam! | Tergempar!!! Seorang bayi lelaki dari negara China seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.

“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan tersebut.

Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. – AFP

foto mengenai usaha pihak berkuasa menyelamatkan bayi tersebut.

Kejam, sungguh kejam mereka yang melakukan jenayah tersebut!


enter image description here


enter image description here

enter image description here

p/s: Jangan la buat macam ni kat Malaysia ya!!! Klu nak buang pun letak la depan umah Orang ada jugak "Teduhan Kasih"


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Benang Mop Dalam Tomyam

No comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Masak Sendiri La Kalau Macam ni Gamaknya...Fei, Azmah, Nazarimah!!!!

SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.

“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.

“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.

Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

p/s: WARTAWAN SINAR HARIAN 27 Mei 2013



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment