RUANG KESIHATAN

2 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Tsamarat Extract 
Baik untuk kegunaan seisi keluarga anda.

Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
Anti oksida, Analgesik, Anti virus, Anti kanser, Anti radang, Anti allergi.
Merawat penyakit Diabetes, Darah tinggi, Hepatoprotective, Buah pinggang, Penghadaman (kesihatan usus), Peredaran dan sokongan sistem imun serta Mengurangkan masalah kulit (ekzema), juga memperbaiki kesihatan pernafasan (asma, bronkitis), Batu Karang & Batu Hempedu.
Meningkatkan pengeluaran susu ibu, Mengatur kitaran haid, Masalah tidur, Keguguran rambut.
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer. Sumber laxative yang natural dan lembut.
Kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Bagus untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing, kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.
----------------------------------------


Rayzel Hormone

BANYAK TESTIMONI DAN TERBUKTI BERKESAN.

Khas untuk lelaki yang sudah berkahwin
Memulihkan tenaga dan kesihatan.
Mengatasi masalah mengantuk.
Meningkatkan kecergasan dan stamina.
Melancarkan peredaran darah.
Mengembalikan badan seperti tenaga bujang.
Menguatkan buah pinggang.
Membantu mengatasi masalah lemah tenaga lelaki.

100% SELAMAT DAN DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

MEMBONGKAR RAHSIA KEAJAIBAN PENEMUAN 1001 PENAWAR KESIHATAN UNTUK LELAKI DENGAN TEKNIK RAWATAN ISLAM AL-QURAN & DOA SYIFA & FORMULASI TERKINI ..

--------------------------------------------



Niecea Collagen

* Merapat dan menganjalkan faraj
* Memperbetulkan sel-sel kulit, menggebukan dan menegangkan kulit.
* Merawat sistem peranakan wanita.
* Baik untuk wanita yang sukar untuk mendapat zuriat.
* Menegang serta membesarkan payudara.
* Melambatkan proses menopouse.
* Menambah baik collagen dan ekstrogen dalaman wanita.
* Meransang keinginan seks 100%.
* Meransang tenaga dalaman.
* Merawat masalah keputihan.
* Membuang angin dalam badan.
* Mengembalikan berat badan secara alami.

MEMBONGKAR RAHSIA KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN WANITA

NIECEA COLLAGEN MERUPAKAN FORMULASI HEBAT YANG DIDATANGKAN DARIPADA RAMUAN YANG BERKUALITI TINGGI DAN MEWAH UNTUK MEMBANTU WANITA.

1. Menyelaraskan estrogen punca kesihatan & kecantikan wanita.Ibarat akar penting untuk sepohon pokok . maka estrogen yang mencukupi amatlah penting bagi wanita menjadi lebih mempersonakan.

2.Boleh mengimbangi tahap estrogen demi mencapai potongan badan yang menarik serta memiliki batin yang sihat.

3. membangkitkan sifat genetik kewanitaan , meningkatkan pertumbuhan pada tisu payudara & merangsang kepekaan hormon serta pertumbuhan justeru mencapai bentuk badan yang unggul.

4. mencegah kekeringan & bau pada bahagian faraj , keputihan

5. secara serentak , ia membolehkan wanita memiliki rambut yang berseri , mata yang bermaya dan sifat pesona unggul.

p/s: Admin pun dalam percubaan tapi memang BEST...
--------------------------------------------



Miracle Essence Foundation

* Melindungi kulit daripada sinaran uv (mencegah pengeluaran jeragat).
* Menutup garis-garis halus dan cela pada wajah.
* Mengekalkan kelembapan kulit.
* Tona kulit lebih sekata.
* Membantu membaiki struktur kulit.
* Membantu membaiki pulih kesan parut / panau.
* Membekalkan vitamin pada lapisan kulit.
* Menghaluskan dan merapatkan liang pori.
* Menaikkan seri wajah & aura seri diri.
* Memutihkan kulit.
* Menegangkan kulit.
* Rawatan jerawat,jeragat dan parut.

 Pelembap

Ia fungsi utama di dalam setiap krim kecantikan dengan kepekatan tinggi dan boleh menggunakannya selepas mencuci muka, tanpa perlu menggunakan pelembap biasa.

 Faktor Perlindungan Daripada Matahari (SPF)

Mejoriti krim kecantikan yang hebat mengandungi SPF 25 dan ke atas, jadi ia dapat memberikan perlindungan yang lebih baik dan tidak perlu lagi menyapu losyen takbir suria biasa.

 Rawatan Jerawat, Jeragat Dan Parut

MIRACLE ESSENCE FOUNDATION ISRA’LIFE dihasilkan dengan bahan aktif semulajadi yang membantu untuk mengatasi dan memperbaiki masalah itu, malah tidak meninggalkan minyak keterlaluan.

 Anti Penuaan
Sebahagian besar krim kecantikan yang hebat di dalam pasaran kini mempunyai kandungan anti penuaan yang dapat menghilangkan garis halus disekitar mulut dan mata (kedutan akibat penuaan).

 Bedak Asas Dan Penyamar Cela

Sapukan krim hebat MIRACLE ESSENCE FOUNDATION sudah memadai sebagai asas kepada solekan, ia turut bertindak sebagai penyamar cela untuk menghilangkan kesan hitam di bawah mata, menyamar kesan bintik dan jerawat. Ia juga memutihkan kulit.

 Losyen Pemutih

Sesetengah krim kecantikan yang hebat menambah “essence” pemutih bagi membantu mencerahkan semua kulit dan mengawal pigmentasi.

 Stem Sel

Membaik pulih sel-sel kulit mati, mengembalikan keremajaan, membaik pulih struktur kulit, menghilangkan kedutan dan menegangkan kulit juga melambatkan proses penuaan.

 “30 JUZUK AL-QURAN, GETARAN ZIKIR DAN DOA PILIHAN” 

boleh membantu membaik pulih aura seri wajah sipemakai.

p/s: Untuk keterangan lanjut INBOX/SMS jer.... (010-7039939)

------------------------------------------------------

TESTIMONIAL PELANGGAN



Nama: En. Misri Sumiran

Umur: 46 Tahun

Pekerjaan: Pesara

Alamat: Kg. Parit Hj. Salleh, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Masalah: Lemah Jantung.

Tarikh Mula Guna Produk: 28/11/2012

Perubahan Selepas Penggunaan: 3 Minggu.

Jumlah Penggunaan: 1 Botol

Testimoni saya: “Saya merupakan seorang penghindap lemah jantung. Saya selalu mengalami sesak nafas dan apabila membuat kerja berat sedikit sahaja, saya merasa lelah dan sukar bernafas. Saya telah menerima rawatan di wad hospital selama 1 minggu dan doktor memberitahu bahawa penyakit yang saya alami ini baru. Setelah saya berjumpa kawan sekampung saya iaitu En. Bahar, beliau telah memperkenalkan TSAMARAT EXTRACT kepada saya. Setelah sebulan saya mengamalkan pemakanan TSAMARAT EXTRACT, saya telah datang ke hospital berjumpa dengan doktor dan doktor memberitahu penyakit yang saya alami telah berkurang. Doktor mensyorkan saya untuk meneruskan pengambilan TSAMARAT EXTRACT di samping ubat-ubatan dari hospital. Tetapi,pengambilan ubat-ubatan hospital telah saya kurangkan Setelah mengamalkan Tsamarat ini juga, sekarang saya boleh membuat kerja berat seperti memotong sawit, meracun dan sebagainya, Tiada lagi sesak nafas setelah mengamalkan makan TSAMARAT EXTRACT ini. Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada En. Bahar kerana memperkenalkan TSAMARAT EXTRACT kepada saya. Juga kepada Syarikat Isra’ Life dah pihak pengurusan kerana dapat mengeluarkan produk berkonsepkan ISLAMIK.”



Nama: En. Samsudin Ayip

Umur: 60 Tahun

Pekerjaan: Pesara

Alamat: Kg. Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Masalah: Gout dan Darah Tinggi.

Tarikh Mula Guna Produk: Tiada

Jumlah Penggunaan: 1 Botol

Testimoni saya: “Saya merupakan seorang penghidap darah tinggi dan gout. Saya telah mengamalkan pelbagai ubat tetapi tidak berkesan. Saya langsung tidak boleh memakan makanan yang berlemak, berprotin tinggi seperti makanan laut. Kekacang dan daging lembu. Setelah saya diperkenalkan dengan produk TSAMARAT EXTRACT oleh En Bahar, alhamdulillah masalah saya dapat dikurangkan. Walaupun belum pulih sepenuhnya,akan tetapi saya sudah mula boleh memakan makanan berprotin tinggi, kekacang, daging dan berlemak. Dengan pengambilan tidak sampai sebotol,kini hidup saya lebih bermakna. Terima kasih kepada Allah serta Isra’ Life dan juga kepada semua ahli-ahli Isra’ Life kerana sudi memberi sokongan kepada diri saya.Dan Insyallah saya akan memperkenalkan produk-produk Isra’ Life kepada rakan-rakan saya yang lain. SEKIAN”



Nama: Cik Ainna

Umur: 20 Tahun

Alamat: Kg. Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Masalah: Resdung.

Tarikh Mula Guna Produk: 21/11/2012

Perubahan Selepas Penggunaan: 1 Minggu.

Jumlah Penggunaan: 1/2 Botol

Testimoni saya: “Saya merupakan seorang pengidap resdung yang sangat teruk. Saya kerap selsema setiap kali bangun tidur dan bersin.Penggunaan tisu sekotak sehari menyebabkan rasa tidak selesa sepanjang hidup saya dan langsung tidak boleh makan makanan seperti kerang, udang, telur. Mujurlah ketika saya balik ke kampung kerana cuti semesta, Encik Bahar telah memperkenalkan saya produk TSAMARAT EXTRACT. Setelah saya memakan produk ini selama seminggu, alhamdulillah resdung saya berkurang kerana saya sudah tidak lagi kerap selsema setiap kali bangun pagi dan penggunaan tisu juga hanya jika perlu sahaja. Adik saya Auni juga memakan TSAMARAT EXTRACT ini, kalau dahulu Auni susah hendak makan nasi, alhamdulillah kini tanpa di suruh dia pandai ke dapur mencari makanan sendiri. Kehidupan saya seperti baru.. Terima kasih saya mengucapkan kepada Syarikat Isra’ Life dan juga En Bahar kerana memperkenalkan saya kepada produk TSAMARAT EXTRACT ini. TERIMA KASIH”




Nama: Puan Asnah

Umur: 48 Tahun

Alamat: Kampung Sri Jaya, Machap, Ayer Hitam, Johor.

Masalah: Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahim.

Tarikh Pembedahan: 03/12/2012

Jumlah MC diberi oleh doktor: 47 HARI

Tarikh Mula Guna Produk: 05/12/2012

Tarikh Mula Bekerja: 17/12/2012

Tempoh Pulih: 2 Minggu

Testimoni saya: “Saya bekerja di sektor perkilangan, pada bulan september 2012 doktor mengesahkan saya menghidap ketumbuhan pangkal rahim.setelah ujian kedua dilakukan keatas diri saya pada akhir bulan oktober 2012, doktor pakar di HSA JB mendapati ketumbuhan semakin membesar dan memerlukan pembedahan dan akhirnya doktor menetapkan tarikh 03 Disember 2012 masa untuk pembedahan saya.” ”Setelah selesai pembedahan di kunjungi oleh En. Bahar Md. Sapuan iaitu salah seorang pengedar Isra’ Life dan setelah mendengar penerangan mengenai TSAMARAT EXTRACT, saya mencubanya. Selepas pembedahan, pihak HSA memberikan saya 47 hari cuti sakit. Akan tetapi, keajaiban telah berlaku bila saya hanya mengambil masa 2 minggu saja untuk pulih sepenuhnya. Alhamdullilah, saya dapat meneruskan pekerjaan pada 17 disember 2012 dan saya akan memperkenalkan TSAMARAT EXTRACT kepada rakan-rakan yang memerlukan. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Bahar dan Syarikat Isra’ Life kerana memperkenalkan TSAMARAT EXTRACT kepada saya sewaktu saya amat memerlukannya.”



Nama : Cik Nur Laila

Umur : 22 tahun

Alamat : Taman Perling , Johor Bahru

Masalah : Kulit Sensitif dan kusam

Tarikh Mula Guna Produk : 24 februari 2013

Perubahan Selepas Menggunakan Produk : 2 minggu

Testimoni saya : “saya bekerja di sektor swasta . saya sering berhadapan dengan penghawa dingin . saya mengalami masalah kulit sensitif dan kusam . saya pernah mencuba salah satu produk namun tidak berjaya malah masalah kulit pada muka saya semakin bertambah dan kulit muka saya semakin kering dan kusam . saya tidak tahu hendak buat apa sehingga saya malu untuk berjumpa dengan kawan-kawan . sehinggalah kawan saya menawarkan supaya saya menggunakan MIRACLE ESSENCE FOUNDATION . Setelah 2 minggu saya menggunakan produk isralife ini mula menampakkan kesan . Saya Ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada rakan saya yang telah mengesyorkan kepada saya supaya menggunakan produk ini..

p/s : Untuk perkongsian bersama...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Mesej Lucah Dari Ayah Bongkar Sumbang Mahram

2 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Ayah mangsa yang berusia 46 tahun dibawa untuk ditahan reman oleh pegawai polis di rumah mereka di Kajang


PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.

"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.

"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.

Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.

"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.

"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.

Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat. Sumber http://cantikje.blogspot.com 


p/s: Allahuakbar.. Mintak di Jauh2kan perkara ni...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

This Is Kota Bharu

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


16 Piya



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah Ketika Banjir Mekah 2013

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

sumber: Kezoom
.

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Pedoman Di Hari Jumaat

No comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Usia Panjang Dan Tambah Rezeki

Anas bin Malik r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”


Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

p/s: rindu kamu 

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Ketuat Kelamin@ Genital Warts. Apa itu?

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Ketuat Kelamin atau dalam bahasa Englishnya Genital Warts. Mesti ramai rakan di luar yang segan dan malu untuk berjumpa doktor sebab penyakit ini melibatkan alat sulit. Mungkin ada rakan di luar sana mengalami masalah ini tapi tak pasti penyakit apakah yang mereka hadapi. Oleh itu, hari ini Aya nak kongsi beberapa gambar yang mungkin boleh membantu rakan yang lain mengenalpasti masalah kulit masing-masing.

Ketuat Kelamin? Apa benda ni? Kalau orang putih panggil Genital Warts, penyakit kemaluan yang disebabkan oleh jangkitan virus HPV, Human papilloma virus. Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan kulit semasa melakukan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti virus HPV ini. Kebiasaannya, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom, sebab itu, kita mungkin tak sedar yang kita ada jangkitan virus ini. Human Papilloma Virus ada banyak jenis, contohnya HPV-1 dan HPV-4 boleh menyebabkan ketuat kulit, HPV-6 dan HPV-11 pula menyebabkan ketuat kelamin manakala HPV-16 dan HPV-18 boleh menyebabkan kanser serviks atau pangkal rahim, kanser penis dan Kanser anus.

Keterangan lanjut /gambar sila search sendir ya...

p/s: gambar tok leh siar he he he (jauh2kan Allahuakbar)

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Lupa @ Pura-Pura Lupa

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



Lalai Dengan Kenikmatan Dunia, Kesusahan Tiba Baru ingat Pencipta...

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . 

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . 

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. 

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. 

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. 

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. 

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. 

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur. 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta . 

[SUMBER : FACEBOOK] 

p/s : Moga tidak lupa 


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Lirik Lagu Saya Sayang Awak- Han

2 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Lirik Lagu Saya Sayang Awak – Han

Gila aku usah gila
Gila menyintaimu
Resah aku bisa resah
Resah engkau tiada

Gila aku usah gila
Gila merinduimu
Gila aku aku gila
Ohh Ohh Ohh

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Ohh Ohh Ohh

Mahu tidur ingatkanmu
Jaga pun ku ingatkanmu
Sehari tak bersamamu
Pilu hatiku pilu

Bingung aku usah bingung
Bila tak dengar suaramu
Gila aku aku gila
Ohh Ohh Ohh

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang

Saya rindu awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Aku tak mampu hidup tanpamu
Andai kau tiada matilah aku
Andainya aku yang pergi dulu
Kuburkan aku di tapak tanganmu

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Sayang sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang

Rindu rindu awak
Awak jangan marah
Saya cinta awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Kita satu hati
Pegang satu janji
Ikhlas cinta ini
Setia sampai mati
Ohh Ohh Ohh

Sayang awak
Sayang awak juga



Best jugak lagu ni...  Layan je...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Subhanallah! Kalimah Allah SWT di Buah Tomato & Muhammad SAW Terbentuk Atas Awan

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Subhanallah!, Kalimah Allah SWT di Buah Tomato


Ini sewaktu nak masak kuew teaw goreng, tetiba bila belah je tomato nampak Kalimah Allah dan apa lagi ambik gambar yang tak seberapa  ni.. Subhanallah... lupa plak bila tarikh tapi tahun 2013.

Subhanallah!, Kalimah Muhammad SAW Terbentuk Atas Awan 


Apakah perasaan anda apabila berpeluang melihat Kalimah SUCI ini secara langsung di depan mata. Sudah tentu ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, inilah pengalaman saya yang berlaku selepas Maghrib 7-30mlm pada 07/10/2013, Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.!!!

p/s: Teruja (Allahuakbar,Subhanallah)


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

KuasaNya "Bayi Hidup Selepas Di Pam Dalam Lubang Tandas"

4 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



SubhanAllah.......

Bayi Diselamatkan Dari Paip Lubang Tandas Angkara Manusia Kejam! | Tergempar!!! Seorang bayi lelaki dari negara China seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.

“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan tersebut.

Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. – AFP

foto mengenai usaha pihak berkuasa menyelamatkan bayi tersebut.

Kejam, sungguh kejam mereka yang melakukan jenayah tersebut!


enter image description here


enter image description here

enter image description here

p/s: Jangan la buat macam ni kat Malaysia ya!!! Klu nak buang pun letak la depan umah Orang ada jugak "Teduhan Kasih"


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Benang Mop Dalam Tomyam

No comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Masak Sendiri La Kalau Macam ni Gamaknya...Fei, Azmah, Nazarimah!!!!

SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.

“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.

“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.

Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

p/s: WARTAWAN SINAR HARIAN 27 Mei 2013



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Astaghfirullah al-Azim

2 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”





Astagfirullahal ‘adzim

“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Istighfar Kepada ALLAH SWT

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat
dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental.
Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana
dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. Sejumlah ayat tentang Istighfar atau pertobatan sangat banyak dikutip al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:

“Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera
ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya…(QS. 3:135).

“Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya,
sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (QS. 110:3)

“…dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar.” (QS. 3:17).

“Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih.” (HR. al-Hakim).

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).

“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).

Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya.
.
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita

minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Kerana tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita

minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.
Istighfar Individu dan Sosial.

Dalam ritualitas vertikal, seorang hamba tidak hanya meraup kebahagiaan di hadapan Allah, tanpa ia menyertakan sesama umat beriman. Justru kualitas keimanan seseorang sangat berkait erat dengan kepedulian ruhaninya terhadap orang lain.

Keteladanan Rasulullah SAW, ketika saat Yaumul Mahsyar memberikan cermin kepada umatnya, bahwa kulitas ruhani Rasulullah SAW, yang melebihi para Nabi dan Rasul, terpantul pada pembelaannya akan nasib umat di hadapan Allah. Suatu sikap yang tidak dimiliki oleh para pemimpin dan para Nabi/Rasul. Sebab ketika para hamba Allah meminta syafa’at kepada para Nabi, mulai Nabi Adam as, hingga Isa al-Masih as, ternyata mereka enggan, disebabkan mereka tidak berdaya, terutama memikirkan nasibnya sendiri-sendiri. Berbeda dengan Nabi Muhammad SAW, yang justru tidak memikirkan nasib dirinya di hadapan Allah, malah yang terucap hanya kalimat: “Umatii…umatii..umatii…” (umatku… duh, umatku…umatku…).

Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kewenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:

Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.

(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).

Dari nilai Istighfar di atas memberikan perspektif luar biasa bagi integrasi dan dinamika sosial secara damai. Hubungan-hubungan sosial akan berlaku dengan penuh kesejatian hati ke hati, karena hubungan yang bersifat emosional negatif dinetralisir oleh istighfar sosial di atas.

Makanya, kualitas Istighfar bukan saja ditentukan hubungan yang sangat pribadi dengan Allah, tetapi juga sejauhmana seorang hamba menghayati Istighfar sosialnya.

Subhanallah. Istighfar merupakan satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. 2- in-1. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat.

Karena itu Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian dalam Al Qur’an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, “Beristighfarlah kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebutuhan kita. Karena itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadits lain 100 kali. Padahal dia ma’sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita hanya manusia biasa yang banyak dosa tanpa kita sedari atau tidak.

Mengakhiri tazkirah yang panjang ini, ingin menegaskan bahawa istighfar adalah salah satu amalan mulia dan perlu ditanamkan di dalam jiwa kita, kerana dengan nilai dan hikmah istighfar inilah, kita dapat membentuk manusia yang kenal diri, mengenang budi dan menghargai setiap nikmat yang diperolehi.
Jom kita istghfar bersama-sama sebentar.

Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin!

p/s: Ya Allah S.A.W


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Ibu Mampus! Ibu Mampus! Ibu Mampus!

No comments:


“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak-anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!



P/s: Nangis lah wahai anak...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

8 Bulan Tidur Bersama Mayat Ibu

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


8 Bulan Tidur Bersama Mayat Ibu

Munich – Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya.

Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu.

Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.

Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis.

Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.

Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.

Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.

Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. – Agens


p/s: Serabut ler tu...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Berjuang Sehingga Titisan Darah Terakhir

1 comment:



Inilah barisan kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti.



p/s : Pengorbananmu amat kami hargai....


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Jom Semangat Di Hari Jumaat

No comments:













Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Mayat Reput Atas Kerusi ( Tahun Bila Nie??? )

7 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah. Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah.. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas sofa…dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar…


saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah….dan buat pemeriksaan. Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk…ada sedikit beras dan minyak masak. Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun….saya menghubungi satu no tel.di jawab oleh seorang perempuan muda…20 tahun…dan itu cucunya…mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya. di mana anak anaknya? baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan…mungkin ayah tak mahu  engikut…berdasar kan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat…tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif…tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran…seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka…apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam…sejurus sebelum pengsan.




p/s: Jaga2 la sapa2 yang ada orang tua tu.... Jgn tinggal sorang2 yer...



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment