Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah Ketika Banjir Mekah 2013

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

sumber: Kezoom
.

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Pedoman Di Hari Jumaat

No comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Usia Panjang Dan Tambah Rezeki

Anas bin Malik r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”


Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

p/s: rindu kamu 

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Ketuat Kelamin@ Genital Warts. Apa itu?

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Ketuat Kelamin atau dalam bahasa Englishnya Genital Warts. Mesti ramai rakan di luar yang segan dan malu untuk berjumpa doktor sebab penyakit ini melibatkan alat sulit. Mungkin ada rakan di luar sana mengalami masalah ini tapi tak pasti penyakit apakah yang mereka hadapi. Oleh itu, hari ini Aya nak kongsi beberapa gambar yang mungkin boleh membantu rakan yang lain mengenalpasti masalah kulit masing-masing.

Ketuat Kelamin? Apa benda ni? Kalau orang putih panggil Genital Warts, penyakit kemaluan yang disebabkan oleh jangkitan virus HPV, Human papilloma virus. Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan kulit semasa melakukan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti virus HPV ini. Kebiasaannya, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom, sebab itu, kita mungkin tak sedar yang kita ada jangkitan virus ini. Human Papilloma Virus ada banyak jenis, contohnya HPV-1 dan HPV-4 boleh menyebabkan ketuat kulit, HPV-6 dan HPV-11 pula menyebabkan ketuat kelamin manakala HPV-16 dan HPV-18 boleh menyebabkan kanser serviks atau pangkal rahim, kanser penis dan Kanser anus.

Keterangan lanjut /gambar sila search sendir ya...

p/s: gambar tok leh siar he he he (jauh2kan Allahuakbar)

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Lupa @ Pura-Pura Lupa

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



Lalai Dengan Kenikmatan Dunia, Kesusahan Tiba Baru ingat Pencipta...

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . 

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . 

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. 

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. 

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. 

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. 

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. 

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur. 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta . 

[SUMBER : FACEBOOK] 

p/s : Moga tidak lupa 


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Lirik Lagu Saya Sayang Awak- Han

2 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Lirik Lagu Saya Sayang Awak – Han

Gila aku usah gila
Gila menyintaimu
Resah aku bisa resah
Resah engkau tiada

Gila aku usah gila
Gila merinduimu
Gila aku aku gila
Ohh Ohh Ohh

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Ohh Ohh Ohh

Mahu tidur ingatkanmu
Jaga pun ku ingatkanmu
Sehari tak bersamamu
Pilu hatiku pilu

Bingung aku usah bingung
Bila tak dengar suaramu
Gila aku aku gila
Ohh Ohh Ohh

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang

Saya rindu awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Aku tak mampu hidup tanpamu
Andai kau tiada matilah aku
Andainya aku yang pergi dulu
Kuburkan aku di tapak tanganmu

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Sayang sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang

Rindu rindu awak
Awak jangan marah
Saya cinta awak
Cinta hati saya
Ohh Ohh Ohh

Kita satu hati
Pegang satu janji
Ikhlas cinta ini
Setia sampai mati
Ohh Ohh Ohh

Sayang awak
Sayang awak juga



Best jugak lagu ni...  Layan je...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Subhanallah! Kalimah Allah SWT di Buah Tomato & Muhammad SAW Terbentuk Atas Awan

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Subhanallah!, Kalimah Allah SWT di Buah Tomato


Ini sewaktu nak masak kuew teaw goreng, tetiba bila belah je tomato nampak Kalimah Allah dan apa lagi ambik gambar yang tak seberapa  ni.. Subhanallah... lupa plak bila tarikh tapi tahun 2013.

Subhanallah!, Kalimah Muhammad SAW Terbentuk Atas Awan 


Apakah perasaan anda apabila berpeluang melihat Kalimah SUCI ini secara langsung di depan mata. Sudah tentu ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, inilah pengalaman saya yang berlaku selepas Maghrib 7-30mlm pada 07/10/2013, Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.!!!

p/s: Teruja (Allahuakbar,Subhanallah)


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment