Diet Ala Hidup Di Malaysia

2 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.


p/s: Kena usaha la jawabnya..... (Sumber:-Kevin Zahri)


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Skodeng Khairul Fahmi "n" Leuneiy lepas bergelar suami isteri

1 comment:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Cute....
p/s: Menjelaskan keserasian.. kihkihkihkihkih...



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tips Untuk Suami Dan Isteri Sahaja Ok

3 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

p/s: Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Kesedihan Tidak Dapat Di Sorok

6 comments:







p/s: Jangan sedih sayang 


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal

4 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Geram! Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal | Masih ingat lagi tentang kes seorang murid tahun 5 yang dibaham buaya suatu ketika dahulu?. Kini bapanya yang masih menyimpan dendam terhadap buaya berkenaan bertindak memasang umpan dengan bantuan dua orang pawang buaya. Akhirnya mereka berjaya menangkap dengan kaedah tradisional dan terus membunuhnya. Kisah ini mempaparkan kesedihan seorang ayah atas kehilangan anaknya akibat dibaham buaya.


Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.

Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


ANGSA duduk di atas buaya yang membaham anaknya selepas ditangkap. KESAN tembakan di bahagian perut buaya (gambar kecil).

Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.

Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”.

p/s : sumber kisahbest.my



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Maulidur Rasul

1 comment:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini  12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Khamis (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



p/s: selamat beramal


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Kencing Dalam Keretapi Dan Mandi

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”






Apa cerita la nie... 

p/s: sabor je la...


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Cabul Mayat Kekasih Sebab ‘Tak Tahan’

3 comments:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


GAMBAR: Cabul Mayat Kekasih Sebab 'Tak Tahan'


TAIWAN – Seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengunjungi rumah kekasihnya terkejut apabila mendapati wanita itu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Bagaimanapun ketika dia baru terfikir hendak mendapatkan pertolongan, tiba-tiba nafsu menguasai dirinya sebaik saja melihat tubuh kekasihnya yang berumur 76 tahun itu.

Menurut polis, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho itu kemudiannya telah menanggalkan pakaian si mati dan meramas alat sulit wanita tersebut.

Sambil mencabul, Ho juga melakukan onani terhadap mayat itu.

” Saya tak dapat mengawal perasaan saya, dia sangat cantik,” kata Ho ketika disoal-siasat.

Ho mendakwa, dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan mendiang sejak bertemu di sebuah pasar sebulan lalu.

” Isteri saya tidak mahukan melakukan hubungan kelamin dengan saya sejak tujuh bulan lalu, saya tertekan,” katanya.

Kisah tersebut terbongkar apabila seorang jiran ternampak Ho sedang berbogel sambil memeluk mayat wanita itu.

Laporan bedah siasat mendapati wanita itu memang mati disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan serangan fizikal.

Apapun, jika sabit kesalahan, Ho boleh dipenjarakan sehingga lima tahun akibat kesalahan berkenaan.

p/s: Ape-Ape je lah....


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Kerabu Sarang @ Saghre

5 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Kerabu Saghre

Gambar saja-saja

Ermmm, lama doh tok makan kerabu saghre, last makan masa balik kampung tanah merah raya puasa hari tu... sekarang rumpai laut dah terkenal sebagai salah satu ramuan kecantikan la plak... tapi kalau orang kelate rumpai laut  di buat kerabu...

Aku nak kongsi cikit resepi kerabu sarang ni...

SAMBAL KERABU

1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisek
5 ulas bawang merah } dihiris
3 ulas bawang putih } dihiris
lada hitam ditumbuk
2 ekor ikan kembong dibakar dan diambil isinya
2 batang serai } dihiris
garam
gula

Caranya:

Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.

(ditumbuk hingga halus)

 Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. 

Sebiji limau nipis di belah empat untuk perasa jer...

Sedia di Hidang...

p/s: sedap kalau dapat rumpai dari thailand , sebab dia tak lah besar sgt bila kita rendam....


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tuah Bayi Lahir Di Mahkamah

1 comment:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam.

Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi.

“Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya.

“Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini,” katanya.



Sumber My Metro

p/s: Tuah


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Cuai Ketika Memandu, Membawa padah

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



Berhati-Hati la kalau bawak anak ketika memandu...  kalau save tak apa, klu kena lenyek ngan kereta lain macam mana? Nauzubillah himinzaliq

p/s: Selamat beramal



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Kata-Kata Power

1 comment:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."

Al-Baqarah: 11





p/s: Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa :)


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Lawak Pantun... Jom Layan

4 comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Lawak Pantun Gila

Ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun. ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.

Tanpa berlengah lagi, saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan). Tepuk tangaaaaaannn!!!

ok round pertama, SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB. Silakan peserta pertama.

peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...
kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?

Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?

ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya

peserta kedua SKTFS:Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?

Jawapan dari SKTFB:"Buai lajulah laju
Sampai pohon sena
meh ler dengar jawapanku
rumah awak ada buah cempedak ke?

nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.

peserta ketiga SKTFS:"ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?

jawapan dari peserta SKTFB:"KAlau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!

ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya

peserta pertama SKTFB:"Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?

Jawapan dari peserta SKTFS:"anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli selipar

ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua

Peserta kedua SKTFB:"Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?

jawapan peserta SKTFS:"duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belang

tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya

peserta ketiga SKTFB:"anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?

jawapan peserta SKTFS:"sila dengar...Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustan

p/s: Pen Merah, Pen Biru , Dah Baca Jangan Marah, I Love U :D


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

16 Tanda Kematian Mulia

No comments:
“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



 16 Tanda-Tanda Kematian Mulia

 Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah atau kematian yang baik ini. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dariBuraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang. 

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar. 

11. Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah

Sumber: Harian Metro

p/s: Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment