Liyana Jasmay diijab kabul


“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Fathuddin  menyarungkan cincin ke jari isterinya, Liyana Jasmay pada majlis pernikahan mereka di Hotel Seri Pacific, semalam.

Fathuddin menyarungkan cincin ke jari isterinya, Liyana Jasmay pada majlis pernikahan mereka di Hotel Seri Pacific, semalam.

Kontroversi penyebaran gambar intim tak jejas persiapan majlis

Kuala Lumpur: Kontroversi melanda Liyana Jasmay, 25, ekoran penyebaran gambar intim praperkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan, 29, di laman maya seminggu sebelum pernikahan, langsung tidak menjejaskan persiapan kahwin pasangan itu, semalam. 

Pelakon dan penyanyi itu sah menjadi isteri Fathuddin dengan dua kali lafaz.

Fathuddin dinikahkan sendiri bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah di Hotel Seri Pacific, di sini jam 10.26 pagi semalam. Majlis turut disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad. Liyana yang anggun dengan persalinan rekaan Jovian Mandagie dan solekan Tiar Zainal menerima hantaran lima dulang dan membalas tujuh dulang. Pelakon itu menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang emas bernilai RM5,500 dan wang hantaran RM28,388, angka yang mewakili simbolik tarikh lahirnya. 

Busana Jovian 

Majlis persandingan mereka berlangsung di PWTC malam tadi. Liyana dan suami mengenakan busana Jovian untuk majlis resepsi yang dihadiri lebih 1,000 tetamu, manakala untuk acara potong kek, busana Rizman Ruzaini menjadi pilihan. Majlis bertandang pula akan diadakan 9 Februari ini di Dewan Perdana FELDA. 

Majlis pernikahan dihoskan teman Liyana sendiri, Farish Aziz dan antara artis yang turut hadir ialah Lisa Surihani, Marsha, Thumb Suhaimi, Betty Rahmad dan Sharifah Sakinah. Pasangan ini yang pernah berjiran di Melawati, mula rapat sejak Januari 2012 sebelum memutuskan melangsungkan pertunangan Mac tahun sama. 

Kontroversi tak beri kesan 

“Kontroversi itu tak beri kesan kepada kami, akan berlalu dan dilupakan. Malah sebelum ini pun, saya menerangkan kepada Din (Fathuddin) mengenai keadaan sebegini, yang tak terduga akan terjadi. Ia perkara biasa, kami anggap sebagai dugaan kecil dan hadapinya dengan tenang serta sabar,” kata penyanyi lagu Cinta Bersatu ini. 

Selepas berkahwin, pemenang kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 ini akan menetap di Sabah kerana mengikut suami yang bekerja di sana. Liyana pernah menuntut kursus jangka pendek selama enam bulan tahun lalu dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy. 

“Saya akan ke sana lagi bulan ini, kali ini bersama suami di samping krew syarikat penerbitan saya bersama kakak, iaitu Mermaid Studios,” katanya.



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

3 comments:

Unknown said...

tua nye tunang liyana

nursuriani said...

semoga berbahagia!! :)

Unknown said...

jiran die kan? haha.. jodoh2

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment