Mayat Reput Atas Kerusi ( Tahun Bila Nie??? )


“Bismillaahir rohmaanir rohiim”


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah. Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah.. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas sofa…dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar…


saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah….dan buat pemeriksaan. Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk…ada sedikit beras dan minyak masak. Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun….saya menghubungi satu no tel.di jawab oleh seorang perempuan muda…20 tahun…dan itu cucunya…mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya. di mana anak anaknya? baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan…mungkin ayah tak mahu  engikut…berdasar kan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat…tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif…tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran…seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka…apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam…sejurus sebelum pengsan.




p/s: Jaga2 la sapa2 yang ada orang tua tu.... Jgn tinggal sorang2 yer...



Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

7 comments:

MaMa3HerOO said...

SUBHANALLAH..

Carlos Santiago said...

berita tbaru ker ni

ct cheery said...

subhanallah..alfatihah..

Unknown said...

Entah tahun bila... google2.. jumpa berita nie.. tersentuh hati nak masuk dalam blog
nie...

Daisy Han said...

Omo terdetik nak baca xD sebab cita-cita nak jadik ahli forensik :P

chocolatemoist09 said...

@: cHocolatemoisT
Subhanallah...

Anonymous said...

tahun 2005...

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment