Khasiat Dan Kebaikan Susu Kambing

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:-

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •  Protein 2.1 kali ganda
  •  Kalsium 2.2 kali ganda
  •  Zat Besi 2.0 kali ganda
  •  Potasium 2.1 kali ganda
  •  Vitamin A 3.8 kali ganda
  •  Garam Galian 2.0 kali ganda
  •  Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
·         Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Khasiat Susu Kambing
  • Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.
  • Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
  • Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.
  • Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).
  • Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).
·         Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
·         Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. 

Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:-
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

p/s: Aku nak cuba la ….

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

3 comments:

Unknown said...

tq 4 sharing..

Unknown said...

thanks info..

QasehnyaRania said...

tenq info yg diberi.roha ditag..jom tengok sini

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html
terima kasih
semoga perkenalan ini makin bermakna walaupon di alam maya ;D

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment