Hari Indah

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

Kebaikan dan Rahsia Solat Tahajjud

Ermmm, malam tadi aku terjaga kul 2 pagi tetiba jer aku tergerak hati nak wak solat tahjjud dan aku terus buat, aku harap biarla ia jadi amalan aku… Amin
Sarapan kita untuk hari… kongsi2 ilmu untuk kita juga…

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
  

Kurniaan Didunia Adalah

1.Jauh daripada segala penyakit.
2.Lahir kesan takwa pada wajahnya.
3.Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
4.Percakapannya mengandungi hikmah.
5.Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara Empat Perkara di Akhirat Ialah

1.Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
2.Dipermudahkan hisab.
3.Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
4.Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Sumber Harian Metro 0leh (Hashim Ahmad)

p/s: Artikel ni Untuk aku juga, mesti buat jika terjaga tengah-tengah malam.. Amin


Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

4 comments:

Nurul@km@l said...

terkesan..tsk tsk

Unknown said...

assalamualaikum....nice entry..May Allah bless u..amin.. :)

Unknown said...

Amin... thanks

Unknown said...

ok...

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment