Nak Solat Tapi?....


“Bismillaahir rohmaanir rohiim”

MULAKAN SOLAT YANG LAMA DITINGGALKAN

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita ni berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad

Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang Biasa kita lakukan, apa yang tak sepatutnya kita lakukan, dan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa kita ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan

Kemudian tetapkan masa di mana kita akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua

Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah.

4. Buat nota peringatan dan galakan

Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika kita tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata kita kan menunjuk-nunjuk.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat

Jika kita kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. kita pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana kita akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi, ketenangan dan khusyuk.

Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi kita. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan

Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui

Tumpukan perhatian kita pada hari yang kita sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri kita dan berikan tahniah kepada diri kita setiap kali kita berjaya mengerjakan solat.

10. Fokus sewaktu mendengar azan

fokus (perhatian) dapat memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika kita fokus (perhatian) kita pasti akan meninggalkan segala kerja yang kita lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang.

11. Berfikir secara positif

Fikirkan diri kita sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja kita memulakannya dan sentiasa peringatkan diri kita sedemikian.
Sekiranya ada rakan kita yang mengajak kita ke mana-mana sebelum sempat kita menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa kita telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang kita telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan kita yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan kita.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan

Dari semasa ke semasa kita akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah kita lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri kita, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat

Kerapkan diri kita membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan

Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan kita, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari kita. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

P/s: Tips-Tips untuk aku dan member yang sudi….




Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

3 comments:

wicak said...

Alhamdulillah

-tikah- said...

trima kasih atas ingatan... :)

Anonymous said...

iya kak rose jawab upin ipin kata betul betul betul memang lah kita harus saling mengingatkan satu dengan yang lain post yang bagus setuju banget dah

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment