Kes Nureffa Sahira

“Bismillaahir rohmaanir rohiim”



SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

"Pebagai usaha mencari Effa gagal sejak hari pertama dia dilaporkan hilang walaupun dengan bantuan penduduk yang mencari di sekitar perkampungan ini.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga begitu terkejut selepas dimaklumkan seorang penduduk penemuan mayat mangsa dalam tong dram berhampiran rumah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa seorang periang dan begitu teruja untuk masuk sekolah bermula Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdullah berkata, mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemui tertiarap dalam tong dram berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat bagi mengenal punca sebenar kematiannya.

"Pada masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat.

"Jika laporan bedah siasat mendapati ia mempunyai unsur jenayah, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian tampil di Balai Polis Semporna atau menghubungi 089-781244 atau Pegawai Penyiasat Siasatan Asisten Superintendan Zairolnizal Ishak di talian 014-8757455.

p/s: kesian...

Kejujuran Mengundang Kebahagiaan

6 comments:

faie mohamad said...

ya Allah.. sedihnya tgk kanak2 ni.. apa la dosa dia smpai diperlakukan mcm ni.. :(

Unknown said...

sangat menyayat hati..apa lah dosa dia.Marilah ambil iktibar

-tikah- said...

kesian nya dia.. klu anda unsur jenayah moga polis dpt slesaikn kes ni cpat..

Unknown said...

Ya Allah..kejamnyer kalau betul lah kes nie ada kaitan ngan kes jenayah..tergamak buat camtu kat anak yg tak berdosa =(

Unknown said...

Al-fatihah...seMoga Allah membalas perbuatan orang yang tidak berperikemanusiaan....

Unknown said...

Sedih sgt, dah la anak tunggal... semoga rohnya aman dan ditempatkan dlm kalangan org2 yg solleh.

Tetamu Misteri Roha

Recent Comment