“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Petua untuk bakal ibu
Setiap pasangan berkahwin
pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita
kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama
kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut
dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan
pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak
diingini berlaku.
Pengalaman hamil pasti
memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning
sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.
Berikut beberapa tips yang
boleh dikongsi untuk bakal ibu.
Perkara perlu
dielakkan sewaktu hamil:
* Penjagaan kuku
tangan kaki - Anda sering mendapatkan
rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil,
terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.
Ini kerana produk
kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil
langkah berjaga-jaga menghindarinya.
* Jalani rawatan
muka - Jika sekadar mencuci biasa
menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan
produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester
pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam
kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika
hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan
yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan
serta terjatuh.
* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis
semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan
kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah
disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan
banyak darah untuk kehamilan.
* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah
kehamilan memasuki trimester terakhir.
* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester
pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya
menyebabkan keguguran.
* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester
terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko
atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko
terhadap kehamilan.
* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil,
elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu
jika tertelan boleh membahayakan janin.
* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya
boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil?
Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses
kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan
pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk
mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah
melahirkan nanti.
Nutrisi penting sewaktu
hamil
* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi
protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu
dan otot bayi
* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin,
kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi
melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya
tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu
mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk
tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti
barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun
hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum
dan bijirin
* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana
ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat
dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih
jagung
* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas
sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup.
Makanan
tambahan sewaktu hamil
Pengambilan makanan
tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam
lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.
Makanan yang
harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh
masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan,
alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak
digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika
mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.
p/s: Apa-apa jer la…
8 comments:
assalamualaikum, wah benar sekali infonya mbak, enam bulan yang lalu say baru selesai malahirkan, infonya rata-rata benar sekali, sebagai seorang ibu muda yang baru hamil penting banget menjaga kesehatan janinnya terutama dari bahan yang berbau kimia :)
i very like your info
terima kasih atas perkongsian =)
info yg bgus utk bkal2 ibu :)
halo roha, kunjungan sambil baca-baca. infonya sangat bermamfaat bagi ibu hamil...
info yang sangat berguna..thankz dear
nice posting, mksh udah di share
thanks all...
Post a Comment