“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Gajah Mati
Seorang
pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah
di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke
kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan
dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai
penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan
yang kita bela sudah mati.
Lelaki : Saya bukan
penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur
dan menanamnya.
Rasa Nak
Muntah
Di dalam sebuah bas duduk
seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
Pemuda :"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya
pemuda tersebut.
Nenek: "Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual,
rasa macam nak muntah," jawab nenek.
Nenek: "Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu
sebentar."
Pemuda itu terkejut tapi
kemudian tersenyum,
Pemuda: "Boleh nek, tapi kenapa?"
Si nenek menjawab,
Nenek: ”Biar muntahnya lebih cepat.”
Menantu Hantu
Ada
satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di
depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi,
kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah
bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa
mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya.
Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap.
Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak
mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam
gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil
berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut,
hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba
bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni?
Aku belum mati lagi la..".
Tak lepas dah nie... caya la cakap saya...
p/s: Untuk hiburan Hati
2 comments:
Haha.. gelak sorang2 bila bc kisah bapak mertua dan menantu tu. Ada ke patut.. :D
hahaha.... cerita lawak la
Post a Comment