“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Professor AS Masuk Islam
Kerana Solat Berjemaah . Terdapat sebuah
kisah tentang seorang professor dari Amerika Syarikat telah membuat satu
kajian terperinci mengenai solat berjemaah yang dilakukan oleh orang Islam.
Namun akhirnya dia telah Memeluk Agama Islam kerana kajiannya
itu. Salah satu anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada hambaNya adalah
memberikan hidayah. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita,
sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran
tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan,
menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa
solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati,
bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan
kita.
Ketika solat berjemaah,
kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan
menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali
kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat
beberapa jam.
Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan
yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan
yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah
yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab
itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses
pertukaran cas di dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku
pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.
Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti solat
Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada
proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu
Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa
yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang
berbanding dua waktu sebelumnya.Timbul persoalan dalam fikiran professor itu
mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.Secara logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut
dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat
di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal
supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga
malam.
Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau
mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam
itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya
Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk
agama Islam.
p/s:sekadar pengkongsian…
Sumber: melayu kini net.
No comments:
Post a Comment