“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
MULAKAN SOLAT YANG LAMA DITINGGALKAN
Tidak dinafikan ramai umat
Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi aku percaya ramai di
antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan
duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada
sedar atau pun tidak.
Kerana solat itu sendiri
adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat
itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah
kita ni berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu
dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan
istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri aku
sendiri dan para pembaca, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi
memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan
azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari
lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin
tentang apa yang Biasa kita lakukan, apa yang tak sepatutnya kita lakukan, dan
apa yang sepatutnya kita lakukan.
Dari situ, tanam keazaman
yang kukuh bahawa kita ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya
sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini
sebenarnya.
2. Cari masa
dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di
mana kita akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat.
Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang
melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang
sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka
mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat
yang baik.
3. Solat
sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam,
sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang
pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja
tanpa berlengah.
4. Buat nota
peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat
yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai
kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal
di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang
sesuai jika kita tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat.
Dibimbangi ada yang kata kita kan menunjuk-nunjuk.
5. Fahami
maksud setiap bacaan dalam solat
Jika kita kurang bersetuju
dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. kita pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat,
tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana kita
akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan
solat.
6. Baca
perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca
perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan
imaginasi, ketenangan dan khusyuk.
Sewaktu menghayati maksud,
tingkatkan imaginasi kita. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput
kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon
kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah
s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang
taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu
perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian kita
pada hari yang kita sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian
kepada diri kita dan berikan tahniah kepada diri kita setiap kali kita berjaya
mengerjakan solat.
10. Fokus
sewaktu mendengar azan
fokus (perhatian) dapat
memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan
solat tanpa berlengah-lengah.
Jika kita fokus (perhatian)
kita pasti akan meninggalkan segala kerja yang kita lakukan, apabila terdengar
sahaja azan berkumandang.
11. Berfikir
secara positif
Fikirkan diri kita sebagai
seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja kita memulakannya dan sentiasa
peringatkan diri kita sedemikian.
Sekiranya ada rakan kita
yang mengajak kita ke mana-mana sebelum sempat kita menunaikan solat,
katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa kita telah
membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan
sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan
kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang kita telah mula mengerjakan
solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan kita
yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan kita.
13. Lawan
kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa kita
akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu
sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah
sehabis-habis mungkin. Ingatlah kita lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan
ibadah ini akan sebati juga dalam diri kita, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan
bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri kita membaca
kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa
meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga
dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan
tidak berkaitan dengan kita, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari kita. Esok
lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling
memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.
P/s: Tips-Tips untuk aku
dan member yang sudi….
3 comments:
Alhamdulillah
trima kasih atas ingatan... :)
iya kak rose jawab upin ipin kata betul betul betul memang lah kita harus saling mengingatkan satu dengan yang lain post yang bagus setuju banget dah
Post a Comment