“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Salam Jumaat
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan
kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu
Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai
`Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke
dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang
paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada
kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan
kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita
iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai
hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang
penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak
meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu
malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit,
bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan
pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain,
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari
kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah
hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang
lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu
semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH
daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat
juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua
berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda:
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor
unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor
lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti
berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia
seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat
kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah
S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke
masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya.
Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga,
Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas,
juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama
mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah
sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami,
kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah
ampunkan mereka, mereka tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
Melalui penerangan itu
jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya
ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu
jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya
ia turut dimuliakan umat Islam.
5 comments:
perkongsian yang menarik :)
Raja segala hari ... tapi sekarang ni ramai yang tak amik tahu sangat pasal nikmatnya hari Jumaat ... kalau kita pergi shopping complex tengok rata2 couple dok ke hulu ke hilir sambil pegang2 tangan. (sekadar ingin berkongsi pendapat ...)
Betul tu "Aku Budak Kampung"
jumaat terakhir di thn 2012...
smoga mperolehi keberkatan dari Nya
Salam. Nice entry! Jom lah join segment!!
http://cik-rainbow.blogspot.com/2012/12/segmen-back-to-school-by-aen-hwaii.html
Post a Comment