“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Ayat Kursi
MaksudNya:-
Allah, tidak ada yang benar
disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan
tidak pernah tidur, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada
yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa
yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi
ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya
darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi
dan maha Besar.
Penjelasan:-
Ayat Kursi diturunkan pada
suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan
disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran
dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi
gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera
memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya
dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh
lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut
ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk
yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang
di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar
atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1)
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali
selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah
atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan
diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan.
Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari
kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2)
Terdapat
keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca
ayat kursi,
setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid,
dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan
martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3)
Salah seorang
ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a,
membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah s.a.w.
4)
Syeikh Abul
‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka
inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang
dipelajari.
5)
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya.
Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan,
dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6)
Syeikh alBuni
menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170
huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7)
Barang siapa
membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang
menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8)
Abdurahman bin
Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9)
Syeikh Buni
menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat
garis lingkaran dengan syarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia
masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah
musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali,
insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10) Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan
bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam
selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan
akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
p/s:
Untuk perkongsian bersama… petik dari (Fazilat Amal) semoga perkongsian ini dapat kita amalkan bersama.. Amin
No comments:
Post a Comment