“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Kebaikan dan Rahsia Solat
Tahajjud
Ermmm,
malam tadi aku terjaga kul 2 pagi tetiba jer aku tergerak hati nak wak solat tahjjud
dan aku terus buat, aku harap biarla ia jadi amalan aku… Amin
Sarapan kita
untuk hari… kongsi2 ilmu untuk kita juga…
Saidina Umar
Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata
maksudnya:
“Sesiapa
mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan
Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan Didunia Adalah
1.Jauh
daripada segala penyakit.
2.Lahir
kesan takwa pada wajahnya.
3.Dikasihi
sekalian mukmin dan seluruh manusia.
4.Percakapannya
mengandungi hikmah.
5.Dikurniakan
kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara Empat Perkara di
Akhirat Ialah
1.Dibangkitkan
dari kubur dengan wajah berseri-seri.
2.Dipermudahkan
hisab.
3.Cepat
melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
4.Diserahkan
suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun
manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali
manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang
ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.
Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya
mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.
Keheningan
dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk
merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca
seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan
daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Orang
yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu
hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat
layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.
Oleh itu,
mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur
nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan
pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan
nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung
dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan
banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.
Sumber
Harian Metro 0leh (Hashim Ahmad)
p/s: Artikel
ni Untuk aku juga, mesti buat jika terjaga tengah-tengah malam.. Amin
4 comments:
terkesan..tsk tsk
assalamualaikum....nice entry..May Allah bless u..amin.. :)
Amin... thanks
ok...
Post a Comment