“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Azam Tahun 2013
Berpesta Sehingga Ditelan Bumi
“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”

Gambar sekitar Majlis Nikah Apek
“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”

Penghulu Segala Hari
“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Salam Jumaat
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan
kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu
Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai
`Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke
dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang
paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada
kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan
kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita
iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai
hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang
penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak
meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu
malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit,
bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan
pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain,
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari
kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah
hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang
lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu
semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH
daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat
juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua
berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda:
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor
unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor
lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti
berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia
seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat
kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah
S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke
masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya.
Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga,
Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas,
juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama
mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah
sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami,
kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah
ampunkan mereka, mereka tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
Melalui penerangan itu
jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya
ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu
jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya
ia turut dimuliakan umat Islam.
Ala Hai, Belawak la Plak...

Lawak Tapi Ada Moral Jugak La
.jpg)
Gambar saja-saja
Panadol
Asari: melihat
rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke
dalamnya. Dengan kehairanan Asari: bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau
masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni
panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
B.I
Ayah: Apasal B.I
kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu
bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada
dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu
cikgu bagi kat adik bulan.
p/s : eh belawak plak... kihkih..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
KHASIAT BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Bismillah sebuah kalimat yang tidak asing
bagi seorang muslim. Bismillah diucapkan ketika akan memulai setiap perkara
yang bermanfaat. Rasulullah bersabda, “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan
bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut
terputus (kurang) keberkahan-Nya.”
Syekh Muhd.Abdul berkata didalam tafsirnya
: “Al-Qur’an itu Imam dan ikutan kita,kerana itu Al-Qur’an dimulai dengan
kalimat ini,yaitu dengan Bismillah. Itu satu petunjuk bagi kita agar sekalian
perbuatan kita dimulai dengan membaca Bismillah.”
Dan zikir kalimat bismilah ini mengandung
keutamaan, diantaranya sebagai berikut:
“Dilindungi Allah dari gangguan Jin dan
Setan”
Dan sabda Rasulullah: “Penghalang antara
mata jin dan aurat Bani Adam, apabila salah seorang dari mereka melepas
pakaiannya, ialah dengan membaca Bismillah.”
“Apabila seorang masuk ke rumahnya dan
mengingat Allah (berdzikir) ketika masuknya dan ketika makan, maka setan
berkata: “Tidak ada tempat istirahat dan makan malam untuk kalian.” Dan apabila
ia masuk dan tidak mengingat Allah ketika masuk, maka setan berkata: “Kalian
telah mendapatkan tempat istirahat.” Dan apabila ia tidak mengingat Allah
ketika makan, maka ia berkata:”Kalian mendapatkan tempat istirahat dan makan
malam”
“Dilindungi Allah dari gangguan orang yang
bermaksud jahat”
Ketika Khalid bin Walid tertimpa
kebimbangan, mereka berkata kepadanya, “Berhati-hatilah dengan racun, jangan
sampai orang asing memberikan minum padamu,” maka ia berkata, “berikanlah
kepadaku,” dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca: “Bismillah,” lalu
ia meminumnya. Maka sedikit pun tidak memberikan bahaya kepadanya.
Hadist tersebut diatas memperjelas betapa
pentingnya mengucapkan bismillah ketika akan memulai suatu pekerjaan
sehari-hari yang bersifat positif. Selain khasiat diatas, Bismillah dapat
memberikan berbagai manfaat lain bagi kita.
Fadilatnya:
1. Di cintai oleh semua manusia
2. Dihormati serta di muliakan oleh semua
mahluk
3. Menarik Rezeki baik Zahir maupun Ghaib
4. Penjagaan & Keselamatan
5. Dapat menundukkan semua golongan Jin
6. Tidak tergelincir ketika berjalan di
atas Air
7. Menyembunyikan diri dari penglihatan
orang ( Halimun )
8. Pelaris
9. Mengirimkan suara jarak jauh
10. Dapat menawarkan Racun
11. Kebal terhadap segala macam senjata
tajam
12. Dapat mengubati penyakit lahir maupun
Batin
13. Anti sihir, ilmu hitam, tenung dan
sejenisnya
14. Dapat menawarkan Bisa binatang
15. Bantuan khusus dari Allah
p/s: Ermmm, kita selalu lalaikan… sama-sama
lah kita beristigqamah…