“Bismillaahir
rohmaanir rohiim”
Buah Kurma (Tamar)
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung &
Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana
mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh
menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah
kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung
yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang
kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan
memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang
memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di
dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah
kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus
membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas
Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah
kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar
kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal
dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan
yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu
membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan
daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi
s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada
lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama
badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah
tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini,
sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah
kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya.
Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila
buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah
dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini
selain Ramadhan, orang ramai khususnyaa umat Islam boleh menjadikan jus buah
kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah
kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya
menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat
buah serta tumbuh-tumbuhan
yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah
sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa,
sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.
Sekian....
No comments:
Post a Comment